Thursday, 2 March 2017

Daun semalu - Khasiatnya

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature 



Assalam. Cuma nak share salah 1 khasiat pokok rumpai yg selalu jadi musuh kepada halaman dan kebun kita.
Akibat tak tahan sgt gatal kat tapak tangan ni ( ada ruam ). Dah cuba letak ubat tapi masih tidak berkurangan. Jadi saya mengambil langkah ini.
1. Mencabut keseluruhan POKOK SEMALU dr akar hingga ke pucuk.
2. Memotong ranting kecil2 dan masukkan ke dalam periuk.
3. Rebus pokok semalu dengan air paip sehingga mengelegak.
4. Biarkan sehingga air rebusan sedikit suam. Agak2 dah boleh celup tangan
5. Tapis dan celup tangan ke dlm air rebusan kira2 10 minit.

Alhamdulillah. Hari ini dah kering ruam tu dan tak gatal lg.
Minggu lepas saya buatkan air rebusan utk suami yg ada masalah cekam kuku dan ruam / kurap air di celah2 jari kaki. Dengan sekali rendam saja dah kering masalah kurap air tu.
Boleh la cuba ye kepada kawan2 yg ada masalah yg sama. Jika perlu boleh ulang langkah diatas beberapa kali.


Dikongsikan oleh : Hazlina Nadie kt FB

Friday, 17 February 2017

Tip kecemasan pergi travel


 

 Pernah tak satu masa bila anda check in kat Airport, tiba-tiba perut anda meragam...
Ha ha... masa tu baru ler kelam-kabut tak.   Disni ada sket Tips kalau terjadinya perkara sedemikian pada anda..

1). Tenang, fikiran
2). Beri tahu pada Peramugari bertugas bahawa anda mengelami perut meragam. kebiasaannya
      anda akan diberi sejenis Pil warna hitam bagi meredakan perut meragam tersebut.
3). Ha ha itu saja buat kali ni. semoga bermunafaat pada anda semua.

Pek Ubat-ubatan (Maklumat perjalanan -Airasia)

Sama ada jet-lag atau pemakanan yang kurang sihat, kanak-kanak mudah jatuh sakit semasa bercuti. Bawalah ubat yang mudah ditelan seperti Panadol soluble dan kit asas pertolongan cemas yang lain seperti tisu antiseptic, plaster, rawatan gigitan dan pil arang.

Monday, 13 February 2017

Makanan Tradisional Negeri Kedah

1). Kueh Pudak (boleh diperolehi di Pekan Rabu)
                        Image result
                          Kueh ini tradisional kedah, tapi mungkin ramai orang kedah tak pernah merasainya
                          tapi kalau nak merasainya, boleh didapati di Pekan Rabu Alor Setar. Perincianya
                          anda boleh dapati di sini



Makanan Tradisi Negeri Perlis

Makanan Orang Perlis

                                Emping atau Ringgi


Ringgi atau Emping nama bagi makanan Tradisi di negeri orang Perlis. Bahan yang digunakan ialah Padi Pulut muda yang di tumbuk sehingga nipis dan di jemur di hingga kering. Emping ini akan dapat dirasai sekali setahun sahaja iaitu pada musim timur.
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak). 

keterangan lanjut boleh diperolehi dari Perincian Tentang Emping.


Ini adalah bahan mentah asal yang di gunakan untuk memproses Ringgi atau Emping. boleh kunjungi >>>laman ini.

2. Kueh Karas Perlis

 

                                Kueh karas ini juga amat popular dikalangan orang Perlis. 


3. Jagung Rebus bergaul kelapa parut.

                             
                            
                            Perinciannya boleh di lawati disini

4. Laksa Perlis, Paling Popular ialah Laksa Kak su kat Kuala Perlis.

                            Image result for laksa halus kak su negeri perlis 
                            Tengok je dah terliur ni.

 
 


Friday, 10 February 2017

Kueh Tradisional Malaysia


Di Malaysia terkenal dengan pelbagai kueh mueh traditional yang datang dari pelbagai Kaum di Malaysia. Jesteru itu usaha kecil ini adalah untuk memperkenalkan kepada generasi muda sekarang supaya mereka mengetahui ujudnya Makanan tradisi ini. Kewujudannya telah berkurun lamanya. Jom kita lihat satu persatu jeng jeng....

                                Lemang

                                Cucur Jawa

                                Cucur Peniaram

                               Kuih Karas

                               Pulut Inti

                               Pulut kacau  atau Wajik

                               Tapai

                               Akuk

                                Buah Melaka

                               Onde-onde

                               Buah Ulu Kampung